Followers

Thursday 26 January 2012

Siapa Yang Cipta & Bagi Nama "Malaysia"? (Bahagian 1)

Matapelajaran sejarah yang diajar di sekolah-sekolah negara kita tidak penah menyatakan asal usul nama negara kita iaitu Malaysia, menyebabkan kebanyakan daripada kita pada hari ini menjadi kabur mengenai siapakah sebenarnya yang mencipta nama Malaysia ini. Jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita, agak jelas bahawa 'Singapura' diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Kota Singa (Pura = kota), 'Indonesia' oleh James Richardson Logan yang bermaksud kepulauan India (Indo = India, Nesos = Pulau),dan 'Brunei' sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang Pertama. 
Jules Sẻbastien Cẻsar Dumont d’Urville (23 May 1790 – 8 May 1842)

Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Dumont d'Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu 'Malaisia', 'Micronesia' dan 'Melanesia' yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Sociẻtẻ de Gẻographie. Nama 'Malaisia' pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.


Seperkara lagi yang menarik, George Earl , seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah malayuneisa pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indinesia hari ini. Bayangkanlah jika istilah tersebut masih digunakan pada hari ini, sudah tentu Indonesia hari ini bernama Republik Malayunesia. Secara psikologinya, nama yang hanpir sama bagi kedua-dua buah negara ini sudah tentu memperngaruhi dan meyakinkan penduduknya bahawa mereka adalah dari satu rumpun dan budaya yang sama.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporon bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia" oleh J.E Tension-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk Lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, Peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai "Malaysia"



0 Komen Temuai:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...